Sunday 22 May 2016

Khasiat hebat Sakti Na Guarana

Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat atau menjalar di dahan-dahan tinggi pokok besar yang berasal dari Lembah Amazon dan banyak didapati di negara Amerika Selatan, berdaun besar dan mengeluarkan gugusan buah berwarna merah bila masak.

Dalam kajian botani, guarana ditemui buat kali pertama pada Zaman Pertengahan di dalam hutan hujan Amazon (terutamanya dari kawasan Manaus dan Paratins). Ia tergolong sebagai species P. Cupana.

Pemanjat tropika ini merupakan pohon saka bertangkai yang hidup dengan memanjat sehingga 12 meter tinggi pada pokok besar hutan Amazon untuk mencapai cahaya matahari.

Pada tahun 1821, ahli botani Dr. Bavplana dan Dr. Humboldt, menamakan tumbuhan ini sebagai Paullina Cupana. Orang asli Amerika pada mulanya menamakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok Paullina Cupana sebagai guarana.

Mengikut budaya orang asli Amerika, pokok Paullina Cupana merupakan warisan penting yang harus diturunkan daripada generasi masa depan. Orang asli Amerika menganggap Paullina Cupana sebagai sejenis pokok suci. Nama harum pokok suci ini boleh disusur galuri sejak zaman peperangan. Pada ketika itu orang asli Amerika menguyah biji benih guarana untuk menguatkan badan mereka.

Di kawasan Amazon, terdapat sebuah "Bandar Umur Panjang" bernama Maues yang terkemuka, yang mana purata jangka hayat populasinya melebihi umur 80 tahun. Oleh yang demikian, Maues telah dikenali sebagai Bandar Umur Panjang. Pemeriksaan teliti yang dibuat oleh para sarjana telah membawa kepada penemuan rahsia umur panjang ini. Rahsia ini adalah sejenis tumbuhan bernama guarana yang terdapat di Maues. Selain mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap kuasa ajaib guarana, para penduduk di Maues dikurniakan kesihatan dan usia panjang.

Dikatakan apabila penduduk tempatan pergi memburu di dalam hutan, mereka akan membawa bersama biji benih guarana untuk dikunyah. Dengan berbuat demikian, mereka tetap cergas biarpun tidak makan apa-apa pada hari keesokannya.

Orang asli di Maues sebenarnya lebih kuat daripada orang asli di tempat lain dari segi stamina, jasmani dan rohani. Mereka menggelar guarana sebagai ubat awet muda.

Kajian menunjukkan bahawa biji benih guarana adalah sumber tenaga utama yang mempunyai fungsi menyembuh yang unik. Oleh yang demikian, orang asli Amerika menganggap biji benih Guarana sebagai "permata" bernilai tinggi yang boleh memberi kesihatan dan usia panjang.

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenali pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.

Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan fungsian yang dapat bertindak pantas. Inilah antara pelbagai ciri guarana yang unik.

Buahnya mengandungi biji sebesar biji kopi dan boleh diproses menjadi minuman sama seperti kopi tetapi kadar kafeinnya lebih tinggi iaitu dua hingga 4.5 peratus berbanding hanya satu hingga dua peratus dalam biji kopi.

Guarana kaya khasiat yang menjadikan ia sebagai buah ajaib digunakan untuk tujuan menjaga kesihatan, sumber tenaga dan penyembuh penyakit.

Antara kebaikan pengambilan guarana ialah berkesan dalam melawan artherosclerosis disebabkan keupayaan yang unik untuk merangsang pengeluaran HDL (Lipo-protin Ketumpatan Tinggi) yang boleh membersihkan saluran darah daripada plag kolestrol.

Guarana juga dapat melambatkan pengeluaran (MAO) dalam badan, membantu melambatkan proses penuaan. Guarana terbukti sebagai pemberi tenaga.mencetuskan mekanisme badan untuk mengeluarkan tenaga dan menghindarkan rasa kepenatan.

Selain itu, guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin, ia memberi harapan kepada pasangan yang berkahwin yang inginkan anak tetapi tidak berupaya mendapatkannya.

Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dar mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Fungsi lain ialah dapat membendung selera jika diambil ketika perut kosong, sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Zat-zat yang terdapat dalam guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. Secara ringkasnya, guarana dapat menbantu:

- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

- Memerangi radikal bebas. Radikal bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. Kadang-kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.

- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. Sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain.

- Memperbaiki sistem penghadaman. Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.

- Melindungi hati. Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas.

- Menyegarkan. Asid Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan ketagihan.

- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.

- Menguatkan sIstem imun. Penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibody adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam keadaan lasak berbanding orang lain.

- Awet muda. Dr. Ana Aslan mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.

Dr. Gomes menyatakan bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari cepat tua.

Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat.

- Melawaskan kencing. Tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.

- Menguatkan keupayaan seks. Pakar rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang ada pada saya”

Beberapa orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.

- Penjagaan kulit dan kosmetik. Guarana apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit kelihatan lembut dan licin.

- Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran. Tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.

- Menghilangkan rasa lapar. Untuk mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana.

- Menguatkan badan. Memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

No comments:

Post a Comment