Sunday 26 November 2017

PARTI BERPAKSI PEJUANGAN AGAMA BANGSA

Perkembangan politik dan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam masa kini boleh dianggap berada di ambang bahaya. Pergolakan politik Melayu memberi kesan besar kepada kedudukan Melayu dan Islam. Sekiranya keadaan ini tidak dibaiki, identiti bangsa boleh hilang dan Islam di Malaysia tergugat.

UMNO pada asalnya hanya untuk Melayu kini keahliannya terbuka kepada bumiputra Sabah. Namun, UMNO secara konsisten terus memperjuangkan Melayu dan Islam.

Pas ditubuhkan atas dasar memperjuangkan Islam dan secara tegas menolak fahaman kebangsaan dan bangsa. Manakala PKR, biarpun diterajui pemimpin Melayu dan Islam, tidak jelas perjuangannya, melainkan cenderung untuk kepentingan individu tertentu saja.

Ternyata, satu-satunya parti yang memperjuangan kedua-dua iaitu Melayu dan Islam adalah UMNO. UMNO mampu memperjuangkan hak Melayu dan kedudukan Islam sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini, tanpa menindas mana-mana kaum dan agama. 

Tindakan dimainkan UMNO bertepatan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera, tetapi pada masa sama turut menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.

Manakala Perkara 3 pula meletakkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

UMNO tidak semata-mata menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Sejarah terbukti ketika UMNO menjadi tampuk pemerintahan negara. Seluruh rakyat dilayan sama adil sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Malah semangat melayan rakyat secara adil diterjemahkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Gagasan 1Malaysia yang memayungi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Maka tidak sepatutnya rakyat sangsi dengan keikhlasan pemimpin UMNO memimpin seluruh rakyat dengan adil dan saksama sepertimana tuntutan Islam.

Islam tidak membezakan rakyat berdasarkan kepada agama dan bangsa. Seluruh rakyat mendapat hak masing-masing. Sebab itu, rakyat pula perlu menumpahkan ketaatan kepada pemimpin dan negara, serta bersedia berkorban jiwa raga untuknya.

Malangnya, perjuangan UMNO untuk memertabatkan Melayu dan Islam sentiasa berdepan cabaran PAS dan PKR. Pas ditubuhkan pada tahun 1951 dilihat sebagai satu agenda penjajah untuk menghalang kemaraan UMNO memperjuangkan tuntutan kemerdekaan negara.

Sejak itu, perseteruan UMNO dan Pas tidak pernah terhenti, kecuali ketika PAS menyertai BN pada tahun 1973 hingga 1977.

Perkara ini menyebabkan kerugian besar kepada Melayu dan Islam. Tenaga dan fikiran yang sepatutnya digunakan untuk memajukan Melayu dan Islam terhabis untuk berlawan sesama sendiri.

PAS menolak sepenuhnya perjuangan UMNO mendaulatkan Melayu atas alasan itu termasuk dalam perkara yang ditegah oleh agama. 

No comments:

Post a Comment